NILAI 18 Mac 2025 – Program Tautan Kasih telah dilaksanakan di JUU untuk beberapa siri sebelum ini pada bulan Ramadan. Bagi tahun 2025, Program Tautan Kasih JUU telah memasuki edisi yang ke 4.
Bersempena bulan Ramadan tahun ini, JUU telah beinfaq barang-barangan keperluan dapur seperti beras, gula, kicap, minyak masak, tepung, sardin dan lain-lain. Pada kali ini, sumbangan akan diserahkan kepada staf-staf USIM yang memerlukan. Seramai 5 orang staf telah dipilih bagi menerima sumbangan tersebut. Ianya terdiri daripada staf-staf dari Pusat Tanggungjawab (PTj) yang berlainan.
Diharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan bagi menyambut Ramadan/ Hari Raya. JUU berharap moga program Tautan Kasih ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan mendapat keberkatan dan kerahmatan dalam berinfaq.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan