Nilai, 28 Julai 2025 – Jabatan Undang-Undang (JUU) telah mengadakan Seminar Pembangunan Tanah Universiti Awam: Isu Dan Cabaran pada 28 dan 29 Julai 2025 bertempat di Dewan Utama, Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU).
Seminar ini merupakan edisi yang ke 10 seminar yang dianjurkan oleh JUU . Bersempena seminar kali ini, JUU telah menjemput seramai 4 orang penceramah iatu Encik Muhammad Faizaruddin Jamaluddin dari sektor Kementerian Pengajian Tinggi, Encik Ahmad Shahrizal Abdul Mubin dari Bahagian Harta Tanah Persekutuan, Encik Ahmad Ashraf Ramli dari Tetuan Ashraf & Partners dan Ms Gayathri Chandrakasan dari Tetuan Rao & Kamal.
Di antara objektif seminar ini adalah:-
a. Meningkatkan kefahaman kepada peserta tentang peraturan dan undang-undang berkaitan dengan pengurusan tanah UA.
b. Mengenalpasti do’s and don’ts dalam urusan pengurusan tanah UA.
c. Membantu peserta melengkapkan diri dengan pengetahuan yang relevan dalam menguruskan projek pembangunan hartanah supaya dapat meminimumkan risiko kepada universiti dan mematuhi peraturan.
d. Membincangkan pengajaran atau dapatan dari projek-projek pembangunan hartanah yang telah diaudit kepada peserta bagi contoh pemahaman yang lebih jelas.
e. Menyediakan platform untuk para peserta mengutarakan permasalahan mereka yang berkaitan dengan pengurusan tanah dan membincangkan penyelesaian/solusi yang bersesuaian.
Seminar ini telah mendapat sambutan yang baik dan telah disertai oleh peserta dari kebanyakan universiti awam. Semoga seminar ini dapat meningkatkan nilaitambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam isu-isu projek tanah pembangunan di universiti masing-masing.