30 Julai 2024, Nilai – Satu seminar yang bertajuk Seminar Persediaan Menghadapi Jawatankuasa Contract Coordination Panel (CCP) telah dianjurkan oleh jabatan pada 29-30 Julai 2024 di Bilik Seminar Perpustakaan, Perpustakaan USIM. Seminar ini diadakan bagi memberikan kefahaman kepada pegawai-pegawai Universiti Awam (UA), khususnya Pegawai Undang-Undang, Pegawai Pembangunan, Pegawai Kewangan/Bursar, Pegawai Yang Terlibat Dalam Perolehan Selain Daripada Pegawai Agensi Kerajaan/ swasta yang berkaitan.
CCP merupakan satu jawatan/kuasa yang ditubuhkan khusus untuk menguruskan isu pentadbiran dan pertikaian kontrak yang meliputi kontrak bekalan, perkhidmatan (termasuk perunding) dan kerja bagi Kementerian dan Agensi. CCP diberi kuasa bagi pihak Kerajaan untuk mempertimbangkan perakuan Pegawai Penguasa/ Pengarah Projek (PP) mengenai projek sakit dan memutuskan Llangkah pemulihan yang akan dilaksanakan oleh PP bagi projek sakit.
Objektif seminar:
- Memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai pekeliling-pekeliling perbendaharaan Kerajaan yang berkaitan
- Memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai tanggungjawab dan fungsi Contract Coordination Panel (CCP).
- Membincangkan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak university tentang tatacara berkaitan Contract Coordination Panel (CCP).
- Membincangkan pengajaran atau dapatan dari projek-projek yang telah diaudit kepada peserta bagi contoh pemahaman yang lebih jelas.
JUU selaku penganjur berharap para peserta dapat memahami dengan lebih mendalam seminar tersebut, mengendalikan perolehan dengan mengikut tatacara yang betul dan mengurangkan kesilapan dalam menjalankan urusan perolehan di organisasi masing-masing.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan