NILAI 25 Mei 2022 – Jabatan Undang-Undang USIM telah menerima kunjungan dari Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM Sesi 2021/2022. Program yang dinamakan Sepetang Bersama JUU diadakan di Bilik Mesyuarat LPU, Aras 5, Bangunan Canselori.

Seramai 8 orang Ahli Jawatankuasa MPP telah menyertai pertemuan ini. Objektif perjumpaan ini merupakan lawatan dari MPP ke semua PTj-Ptj dan JUU merupakan salah satu jabatan yang dilawati bagi mengenal lebih dekat serta mengetahui lebih lanjut tentang fungsi/misi/visi dan skop kerja.

Penasihat Undang-Undang (PUU) dan disertai oleh Pegawai Undang-Undang JUU telah menyampaikan taklimat berkenaan JUU dan menerangkan lebih lanjut akan proses serta prosiding tatatertib pelajar yang mana maklumat ini amatlah penting untuk diketahui. Di samping itu juga, JUU dapat bertukar-tukar info dengan MPP untuk sampaikan/salurkan maklumat penting kepada pelajar-pelajar melalui platfom yang sepatutnya.

Pihak JUU berbesar hati menerima kunjungan dari MPP dan diharap program ini mendapat manfaat dan impak positif kepada MPP. Moga maklumat dan info dari JUU ini dapat membantu mereka untuk diwar-warkan kepada pelajar-pelajar USIM khasnya.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan