NILAI 07 Julai 2022 – Banjir di Baling, Kedah yang berlaku pada 04 Julai 2022 telah menarik perhatian pihak USIM untuk melancarkan misi bantuan ke sana. Bagi menyahut saranan Misi Bantuan Prihatin Banjir di Baling Kedah, Jabatan Undang-Undang (JUU) telah menyerahkan sumbangan barangan keperluan dapur hasil sumbangan dari staf-staf jabatan sendiri.

Barang-barang seperti biskut,sardin dan makanan lain telah  diserahkan kepada wakil Misi Bantuan Prihatin Banjir untuk di hantar ke sana yang diketuai oleh Pengarah Pusat Sukan USIM bersama beberapa staf-staf dari jabatan lain yang turut serta membantu.

Diharapkan dengan bantuan yang disalurkan dari pihak JUU dapat membantu bagi meringankan beban kepada para penduduk kampung di kawasan yang terlibat.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan