Nilai 14 Januari 2023 – Pusat Wakaf dan Zakat USIM telah melancarkan Tabung USIM Prihatin (Bantuan Banjir) bagi membantu mangsa-mangsa banjir yang terkesan dengan musibah banjir. Banjir yang telah melanda negeri Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan lain-lain negeri pada bulan November tahun 2022 telah mengakibatkan kemusnahan harta benda penduduk dan kesulitan dari segi kewangan.

Bagi meringankan beban golongan yang tidak berkemampuan dan terjejas dengan banjir dan bersimpati dengan nasib yang menimpa penduduk di negeri-negeri berkenaan, Jabatan Undang-Undang telah menyumbang ke Tabung USIM Prihatin (Bantuan Banjir). Sumbangan telah diserahkan kepada wakil Pusat Wakaf dan Zakat USIM pada 13 Januari 2023.

Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban dan ianya dapat memberi motivasi untuk mereka meneruskan kehidupan yang serba mencabar.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan