NILAI 24 Mac 2025 – Jabatan Undang-Undang (JUU) dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) telah bekerjasama mengadakan Taklimat Pengenalan Kepada Kaedah Tatatertib Terus ke Atas Pelajar USIM. Puan Nur Zahidah Zulkefli, Pegawai Undang-Undang merupakan wakil daripada JUU dijemput untuk menyampaikan taklimat tersebut. Penyertaan lebih kurang seramai kira-kira 78 orang staf USIM melalui aplikasi dalam talian MS Teams.
Taklimat tersebut diberikan bertujuan bagi memberikan pendedahan “Apa itu Tatatertib Terus ?” , bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas pelajar yang telah melakukan kesalahan serta perbezaan Tatatertib Terus & Tatatertib Biasa. Taklimat tersebut mensasarkanS Sasaran audien adalah kepada Ketua Jabatan dan Pegawai yang dilantik selaku Penguatkuasa Universiti.
Semoga taklimat ini meningkatkan kemahiran dalam menguruskan pengendalian pengurusan Tatatertib Terus di kalangan staf khasnya kepada Ketua Jabatan & Penguatkuasa Univeristi dalam menjalankan tugas-tugas di jabatan.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan