NILAI 23 Oktober 2025 – Jabatan Undang-Undang (JUU), Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) serta Jabatan Keselamatan telah bekerjasama mengadakan Taklimat Pengendalian Tatatertib Terus ke Atas Pelajar USIM. Puan Nur Zahidah Zulkefli, Pegawai Undang-Undang merupakan wakil daripada JUU dijemput untuk menyampaikan taklimat tersebut. Penyertaan lebih kurang seramai kira-kira 70 orang staf dan pelajar USIM melalui aplikasi dalam talian MS Teams.

Taklimat tersebut diberikan bertujuan bagi memberikan pendedahan “Apa itu Tatatertib Terus ?” , bentuk hukuman yang boleh dijatuhkan ke atas pelajar yang telah melakukan kesalahan serta perbezaan Tatatertib Terus & Tatatertib Biasa. Taklimat tersebut mensasarkan sasaran audien adalah kepada Ketua Jabatan, Pegawai yang dilantik selaku Penguatkuasa Universiti serta pelajar USIM.

Semoga taklimat ini meningkatkan kemahiran dalam menguruskan pengendalian pengurusan Tatatertib Terus di kalangan staf khasnya kepada Ketua Jabatan & Penguatkuasa Univeristi dalam menjalankan tugas-tugas di jabatan serta memberikan kesedaran kepada para pelajar tentang prosedur atau tindakan yang boleh dikenakan sekiranya melakukan kesalahan yang berkaitan.
Disediakan oleh:
Ahmad Nakhaie Mohamed Mustafa
Pembantu Tadbir Kanan
