Nilai 21 Januari 2025 – Satu taklimat yang bertajuk “Taklimat dan Penerangan Pengurusan Tatatertib dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan” telah dianjurkan oleh Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) dengan kerjasama Jabatan Undang-Undang (JUU) pada 20 Januari 2025 di Dewan Senat Univerisiti USIM. Taklimat ini mensasarkan kepada setiap Ketua Jabatan Pusat Tanggungjawab di Kampus USIM atau di Kampus Pandan Indah, Kuala Lumpur.
Objektif taklimat:
- Memberikan pendedahan kepada Ketua Jabatan berkaitan Peraturan dan Pelanggaran Tatatertib di Universiti Awam.
- Memberi kefahaman terhadap keperluan dan kepentingan pengurusan prosedur tatatertib di Universiti Awam.
- Meningkatkan tahap kesedarapan dan pengetahuan berhubung isu-isu berkaitan keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan kalangan Ketua Jabatan.
- Memberi pendedahan kepada Ketua Jabatan berkenaan kepentingan konsep Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di peringkat jabatan.
SCIROSH dan JUU selaku penganjur berharap para Ketua Jabatandapat memahami dengan lebih mendalam isi kandungan taklimat yang disampaikan, mengendalikan kes tatatertib di peringkat jabatan dengan mengikut tatacara yang betul dan mengurangkan kesilapan dalam menjalankan urusan keselamatan di setiap organisasi yang terlibat.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan