Nilai, 02 Mac 2026 – Satu taklimat berkaitan Penubuhan Jawatankuasa Siasatan Fakulti dan Prosedur Pengurusan Siasatan Kes Kesalahan Akademik Pelajar telah diadakan di bilik Galeri, USIM.

Peserta-peserta taklimat yang dijemput adalah Timbalan-Timbalan Dekan (Akademik & Antarabangasa), Timbalan Pendaftar (Akademik), Penolong Pendaftar (Akademik) dan Penolong Pendaftar (Akademik) setiap fakulti. Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Jabatan Undang-Undang, Puan Yuhani Jamiran dan Pegawai Undang-Undang, Puan Nur Zahidah Zulkefli.
Di antara objektif taklimat ini adalah:-
(i) memberikan pendedahan kepada pegawai dalam memastikan proses siasatan dapat dilaksanakan dengan lebih efisien, cekap dan telus tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak;
(ii) memberi kefahaman mengenai proses siasatan dan mengenal pasti salah laku pelajar yang terlibat di dalam kes yang dilaporkan;
(iii) menerangkan dengan lebih terperinci berkenaan penubuhan jawatankuasa siasatan di peringkat jabatan/ fakulti dan prosedur mengenai pengurusan siasatan

Diharap taklimat ini dapat memberi panduan dan tatacara yang jelas dalam melaksanakan peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa Siasatan Fakulti kepada pegawai/staf yang terlibat.
