snap over there

SEPANG, 21 APRIL 2018 – Jabatan Undang-Undang (JUU) telah mengadakan Seminar ”Isu-Isu Dalam Kontrak Pembinaan Dari Perspektif Undang-Undang”  selama dua hari yang telah berlangsung di Hotel Sri Langit, Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

Penganjuran seminar ini adalah selaras dengan hasrat JUU untuk memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai Universiti Awam (UA) khususnya pegawai undang-undang, pegawai pembangunan dan pegawai Bursar tentang isu-isu dalam kontrak pembinaan yang kerapkali berbangkit/menjadi masalah  dari perspektif undang-undang di samping menjana pendapatan JUU bagi tahun 2018.

Objektif seminar adalah:

a.  Memberi pendedahan mengenai kepentingan perundangan di dalam pelaksanaan kontrak pembinaan serta  implikasi undang-undang yang berkaitan sekiranya berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan di            dalam kontrak.

b.  Memberi kefahaman mengenai jenis-jenis kontrak pembinaan JKR dan kontrak di bawah konsep PFI (Private  Finance Initiatives).

c.  Memberi panduan kepada peserta mengenai mod (mode) penyelesaian pertelingkahan yang berbangkit dari  kontrak pembinaan seperti rujukan kepada adjudikasi, timbang tara, mahkamah pembinaan dan mahkamah biasa.

Seminar ini perlu dianjurkan agar pegawai UA, khususnya pegawai undang-undang, pegawai pembangunan dan pegawai Bursar, memahami kontrak-kontrak pembinaan JKR dan kontrak di bawah konsep PFI (Private Finance Initiatives) dari aspek perundangan. Pegawai-pegawai ini juga perlu mengetahui hak-hak mereka di bawah undang-undang pembinaan jika berlaku pertelingkahan dengan kontraktor/pihak ketiga selain mengetahui alternatif terbaik bagi menyelesaikan sebarang permasalahan pembinaan.