Nilai 9 Februari 2023 -.Pegawai Undang-Undang merupakan satu jawatan yang penting dalam sesebuah organisasi yang bertindak sebagai ‘benteng pertahanan’ paling hadapan bagi memastikan permasalahan dihadapi berkaitan perundangan. Tugas Pegawai Undang-Undang adalah luas termasuk memberi pandangan perundangan dan mengadakan rundingan supaya tindakan yang diambil dapat membuahkan kesan yang positif khususnya kepada Universiti

Justeru itu, satu kursus yang bertajuk Komunikasi Berkesan telah diadakan untuk memperlengkapkan Pegawai Undang-Undang di JUU dengan lebih holistik dari segi kemahiran komunikasi interpersonal bagi berhadapan dengan pemegang taruh yang terdiri daripada segenap lapisan termasuk pihak pengurusan tertinggi, pihak luar, ketua-ketua jabatan, rakan sekerja, pelajar dan lain-lain lagi. JUU telah mengundang Penceramah iaitu Puan Norhazlina binti Hamdan@Adnan, yang merupakan seorang peguam dan juga penceramah dalam menyediakan latihan pembangunan diri dan pemerkasaan diri serta seringkali diundang oleh agensi korporat dan kerajaan untuk berkongsi tentang pembentangan yang hebat dan kemahiran komunikasi yang berkesan, pengurusan masa, imej profesional dan etika.

Diharap kursus ini dapat meningkatkan kemahiran komunikasi interpersonal di kalangan Pegawai Undang-Undang JUU untuk dipraktikan semasa menjalankan tugas harian di pejabat dan berurusan dengan semua pihak-pihak yang berkaitan.

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan