NILAI 26 JANUARI 2022 – Jabatan Undang-Undang USIM telah menerima kunjungan Lawatan Penanda Aras dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Pihak UMT berhasrat untuk mengadakan lawatan ini sebagai menghargai jalinan profesionalisme yang dibina selama ini dan memperkukuhkan kerjasama di antara kedua-dua organisasi. Seramai 5 orang pegawai dari UMT yang menyertai lawatan ini.

Lawatan ini diadakan bagi penandaarasan kualiti kerja dan pertukaran amalan terbaik demi faedah kedua-dua pihak. Penasihat Undang-Undang USIM telah menyampaikan taklimat berkenaan dengan JUU merangkumi struktur, carta organisasi, misi visi, skop dan pentadbiran.

Pihak JUU berbesar hati menerima kunjungan dari UMT dan diharap lawatan ini mendapat manfaat dan impak positif untuk kedua-dua pihak.