NILAI 30 Ogos 2022 – Satu Program Sangkutan Pendek Mention @ JUU telah dijalankan dengan jayanya oleh Jabatan Undang-Undang (JUU) USIM dan Fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM selama dua minggu yang bermula pada 16 Ogos 2022 hingga 29 Ogos 2022.

Program ini telah disertai oleh para pelajar tahun dua fakulti Syariah dan Undang-Undang USIM dimana empat orang pelajar telah terpilih bagi mengikuti program yang julung kali diadakan. Sesi latihan ini dijalankan di Pejabat Jabatan Undang-Undang, Aras 1, Bangunan Canselori Universiti Sains Islam Malaysia.

Objektif utama bagi program ini ialah:

  • Para pelajar didedahkan dengan tugas-tugas dan peranan pegawai undang-undang di USIM
  • Berpeluang untuk melibatkan diri bagi sesi pembelajaran serta melihat dengan lebih dekat berkenaan governan organisasi, tindakan litigasi, tindakan tatertib, semakan dokumen korporat dan lain-lain skop berkenaan undang-undang
  • Memberi pendedahan awal kepada para pelajar mengenai struktur bagi sesebuah organisasi itu berfungsi dalam menguruskan sesuatu bidang pekerjaan sebelum para pelajar memasuki ke alam pekerjaan yang sebenar kelak

Semoga program ini mendapat manfaat yang berguna kepada para pelajar untuk dijadikan sumber ilmu agar dan dikongsikan bersama rakan-rakan di fakulti kelak.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan