Nilai, 21 Ogos 2023 – Jabatan Undang-Undang (JUU) telah menganjurkan Seminar Tuntutan Di Bawah Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012 (CIPAA 2012). Seminar ini berlangsung pada 21 dan 22 Ogos 2023 di Bilik Galeri, USIM.
Penganjuran seminar ini adalah selaras dengan hasrat JUU untuk memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai Universiti Awam (UA), khususnya Pegawai Undang-Undang,Pegawai Pembangunan, Bendahari dan Pegawai Audit selain pegawai agensi Kerajaan/swasta yang berkaitan tentang isu-isu tuntutan di Tuntutan Di Bawah Construction Industry Payment and Adjudication Act 2012 (CIPAA 2012) yang kerap kali berbangkit dan menjadi masalah di organisasi masing-masing. Di samping itu, ianya merupakan penjanaa untuk JUU.
Selain daripada itu, ianya juga menyediakan platform untuk para peserta mengutarakan permasalahan mereka yang berkaitan dengan tuntutan CIPAA 2012 dan membincangkan penyelesaian/solusi yang bersesuaian.
Seminar ini telah dihadiri oleh peserta-peserta dari Universiti Awam seperti USM, UniSZA, UTM, UiTM, UMP, UNIMAP, UMT, UNIMAS dan UPSI. Seramai 31 orang menyertainya. Penceramah yang dijemput bagi mengendalikan seminar ini adalah YBrs. Dr. Noorfajri Ismail, Pensyarah Kanan dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang. Beliau merupakan seorang Adjudicator bertauliah dan Panel Adjudicator AIAC 2014 dan sangat berpengalaman dalam bidang ini.
Usai seminar tamat, para peserta amat berpuashati dengan pengisian dan maklumat berkaitan CIPAA 2012 dan berharap ianya akan dapat dilaksanakan lagi pada masa akan datang dengan topik-topik yang lebih luas.
JUU selaku penganjur berharap para peserta dapat memahami dengan lebih mendalam tatacara tuntutan CIPAA, mengendalikan tuntutan dan mengikut tatacara yang betul dan mengurangkan kesilapan dalam menjalankan proses tuntutan di organisasi masing-masing.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan