NILAI, 20 NOVEMBER 2019 – Pengurusan Sumber Manusia telah memainkan peranan yang penting dalam sebuah organisasi. Pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan akan menghasilkan individu yang berkualiti.

Bahagian Sumber Manusia (BSM) menguruskan pelbagai perkara berkaitan sumber manusia antara lainnya; persaraan dan pencen, urusan cuti, urusan cuti belajar, pengesahan dalam perkhidmatan, sasaran kerja tahunan dan laporan nilaian prestasi tahunan.

Oleh yang demikian, sesi taklimat dengan kerjasama Tetuan Ariff dan Co. telah hadir bagi berkongsi amalan-amalan yang terbaik diapdatasi di USIM dan selanjutnya di pihak pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan fungsi kerja dan tugas di Bahagian Sumber Manusia di USIM.

Objektif taklimat:

~ Membincangkan berkenaan isu-isu yang lazim berlaku di antara staf dan majikan khususnya yang           berkaitan dengan Bahagian Sumber Manusia.

~ Memberi perkongsian berkaitan kes-kes saman dari staf yang biasa dibawa ke Mahkamah Industri.

Dengan adanya taklimat seperti ini, diharapkan agar Bahagian Sumber Manusia dapat mengenalpasti isu-isu penting yang perlu diperbaiki atau ditambah baik supaya Bahagian Sumber Manusia USIM dapat menjadi unit yang cekap dan berwibawa serta selaras dengan frasa “Betulkan Yang Biasa, Biasakan Yang Betul’ .

 

Disediakan oleh:
AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang