Nilai, 6 Julai 2023 – Jabatan Undang-Undang (JUU) USIM dengan kerjasama Fakulti Ekonomi dan Muamalat (FEM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) telah mengadakan satu Taklimat yang bertajuk “Nurturing Values With Royal Customs Department” bersama dengan Pelajar Jurusan Perakaunan, Fakulti Ekonomi dan Muamalat.

Taklimat ini diadakan bagi menyampaikan maklumat berkenaan peranan dan percukaian yang ditadbir oleh JKDM bagi meningkatkan kefahaman pelajar yang mengambil jurusan Perakaunan di Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM terhadap JKDM.

Skop dan info yang dibentangkan juga merangkumi beberapa perkara-perkara seperti berikut:-

(i) Cukai tanggungjawab bersama;

(ii) Peranan dan fungsi JKDM;

(iii) Percukaian yang ditadbir oleh JKDM;

(iv) Konsep fasilitasi dan kemudahan oleh JKDM; dan

(v) Peluang kerjaya di JKDM.

Program kerjasama antara pihak JKDM, JUU dan FEM ini juga merupakan salah satu usaha dalam menyokong Pelan Strategik USIM 2023-2025 bagi memperluaskan jalinan hubungan antara Universiti dan pihak industri.

Diharap kerjasama dan jalinan hubungan baik secara tiga (3) penjuru antara Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Undang-Undang dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM dapat diteruskan lagi pada masa hadapan.

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan